DISPLIN
Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah
bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan.Kesanggupan
seseorang murid menghormati dan mematuhi
kehendak undang-undang / peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada
suka atau pun tidak.
Definisi
Tingkah laku
Tingkah Laku
adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah
laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan
sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara
sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap
yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar.
Manakala,
menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003),
tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas,
tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot,
kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya
tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.
Carl Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku
mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai
konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan
lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah laku
manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan tidak
normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai
masalah psikologi.
Mengikut
(PL94-142) Masalah tingkahlaku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada
keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada
darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan prestasi pembelajaran. Tingkah
Laku Bermasalah Tingkah laku bermasalah
ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif
yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku
terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.
Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat
belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula
terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap
bergantung
.
Definisi Pengurusan Tingkah Laku
Pengurusan
tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan
tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik
yang sesuai. (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).
Setiap guru
mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku kawal kelas, pembelajaran
yang sihat dan produktif. Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan
tingkah laku negative dan bebas gangguan.
PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN SEKOLAH
Tindakan yang betul
a) Diberitahu –
kesalahan & hukuman
b) Keterangan
bela diri
c) Kemuka
Rayuan - didengari
d) Jatuh
hukuman dengan adil.
Rujuk – Buku Tatacara Pengurusan,Disiplin Sekolah
& Surat Pekeliling Ikhtisas
Elak hukuman – tidak tepat, mendera ,menjatuhkan maruah & tidak
ikut surat ,pekeliling
ikhtisas
FAKTOR YANG
MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU
Tingkah laku negatif biasanya
dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan
kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah persekitaran sekolah
seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa
tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka
mempunyai objektif yang jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah.
Seterusnya keadaan fizikal sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan
murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (Saayah Abu:2008).
Penderaan Kanak-Kanak iaitu penderaan fizikal, mental dan emosi
sering menjadi topik yang sering dilaporkan oleh media massa. Perkara ini
berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberikan kasih sayang yang
sepatutnya di samping penjagaan yang berterusan. Mereka sering kali mengancam,
mengutuk ataupun meyakiti kanak-kanak dengan pelbagai cara. Keadaan ini
menyebabkan terjadinya penderaan yang mudah dilihat iaitu kecederaan fizikal
dan gangguan dari segi mental dan emosi yang sukar untuk dilihat oleh orang
lain. Kanak-kanak yang mengalami masalah penderaan akan terdorong untuk
bertindak negatif iaitu sama ada menyendiri dan tidak suka didekati oleh orang
lain atau sebaliknya bersikap mahu melepaskan dendam terhadap kanak-kanak lain
yang dianggap lebih lemah daripadanya. Kanak-kanak tersebut mungkin melakukan
semula apa yang dilakukan oleh orang yang pernah menderanya kepada kanak-kanak
lain di sekelilingnya.
Namun
begitu, menurut Rosenberg, 1987 dalam Saayah Abu (2008) kanak-kanak yang cerdas
berupaya melakukan apa yang baik untuk dirinya tanpa mengharap orang lain
terlibat dengan aktiviti luaran seperti aktiviti sekolah, biasanya tidak mudah
menerima kesan akibat penderaan emosi Keadaan ini menjelaskan bahawa tidak
semua kanak-kanak dalam satu keluarga yang sama mengalami gangguan perkembangan
apabila emosi mereka didera. Tingkah laku ini dikenal pasti sebagai tingkah
laku menunjukkan emosi (expressed emosion) yang dipercayai dapat menetukan masa
depan pesakit skizofrenia. Ahli keluarga yang menunjukkan sikap penolakan,
pengasingan, sikap tidak peduli dan kerap mengkritik dikira sebagai mempunyai tahap
meluahkan emosi yang tinggi. Sekiranya pesakit skizofrenia hidup bersama ahli
keluarga yang menunjukkan tahap meluahkan emosi yang tinggi, maka pesakit ini
sukar pulih walaupun rawatan ubat-ubatan telah diberi dengan cukup.
CARA MENGURUS
TINGKAH LAKU
Seperti di perkenalkan oleh Lee
Center (1976) iaitu model disiplin tegar. Model ini adalah sistem peraturan
tingkah laku di adalam kelas yang di buat oleh guru. Apabila kanak-kanak
melanggar peraturan, namanya akan dipaparkan pada papan kenyataan dan guru
memanggil ibu bapa mereka ke sekolah. Center juga mencadangkan supaya nama itu
direkod dan dihantar kepada pengetua. Selain itu, model ini membantu guru
mengajar dengan lebih berkesan tanpa sebarang gangguan. Kebanyakkan
dilaksanakan di sekolah rendah memandangkan sesuai untuk mengurus tingkah laku
kanak-kanak supaya memahami pentadbiran sekolah. Walaubagaimanapun, ia kurang
berjaya melatih kanak-kanak supaya bertanggungjawab. Selain itu, kelemahannya
adalah tidak menghiraukan kurikulum,struktur dan susun atur di dalam bilik
darjah.
TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Tingkah laku
boleh diuruskan dengan mengaplikasikan beberapa teknik. Antara teknik-teknik
tersebut adalah dengan menggunakan alat pengukuran personal (personal tools),
teknik pencegahan (preventives technique), dan tindakan pembetulan (correction
measure).
Teknik pertama
iaitu alat pengukuran personal yang boleh dilaksanakan dengan menggunakan
kaedah kedekatan fizikal (physical proximity). Kaedah ini dilaksanakan dengan
guru mendekati sendiri murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Kaedah
seterusnya adalah dengan menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu
dengan berjalan ke hadapan, ke belakang, ke tepi atau mengelilingi kelas sambil
membuat pengawasan. Eksperisi wajah atau pandangan guru yang menyenangkan,
menarik, marah, kecewa atau benci turut tergolong dalam teknik pertama ini.
Kesimpulannya, guru perlu mahir dalam menggunakan teknik ini.
Teknik kedua
pula adalah berkaitan dengan pencegahan. Teknik ini dapat mengurangkan
ketegangan dan menggalakkan proses pengajaran supaya menjadi lancar. Selain
itu, melalui teknik ini iklim yang positif dan persekitaran yang terurus dapat
diwujudkan. Maka bagi mewujudkan suasana seperti ini, antara kaedah yang boleh
digunakan adalah dengan meminta murid supaya mematuhi rutin bilik darjah,
membuat sistem mengutip buku serta murid menerima bentuk peraturan yang
digubal. Guru juga boleh memberitahu tentang perlakuan yang diterima atau
tidak.
Teknik yang
terakhir adalah dengan melaksanakan tindakan pembetulan. Tindakan ini dapat
dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan dan menghentikan dengan
baik tanpa merosakkan apa-apa. Selain itu, pengubahsuaian tingkah laku positif
dan menghentikan tingkah laku negatif serta mengharmonikan iklim bilik darjah
juga dapat membantu dalam melaksanakan teknik tindakan pembetulan ini. Guru
juga boleh menggunakan hukuman yang diketahui oleh murid dan relevan seperti
ketuk-ketampi. Di samping itu, jika murid masih melakukan tingkah laku bermasalah
itu, guru boleh menukar tempat dan berjumpa dengannya selepas pengajaran.
Melalui perjumpaan ini, guru boleh membimbing perlakuannya supaya menjadi lebih
baik. Maka, guru haruslah sentiasa memperjelaskan atau mengingatkan mereka
berkaitan dengan tingkah laku tersebut.
TINGKAH
LAKU BERMASALAH
Dalam konteks
pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang
boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini
membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif
dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti
perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk
tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah
laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya
tingkah laku bergantung yang berlebihan.Sama ada seseorang murid itu mempunyai
masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak
baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Oleh yang
demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi
dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini
sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif
dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara
umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah
pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada
murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil
dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang,
tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri
rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative,
memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif
dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.Masalah
tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor
yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti
kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti
meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang
kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Selain itu, alat
bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.
Ciri-ciri
Tingkah Laku Bermasalah
Tingkah
Laku Positif
Tingkah laku
positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang baik
untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak
akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Sikap ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru dalam meransang
pemikiran kanak-kanak dan penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan
sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru dapat membina aktiviti yang lebih
melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak akan suka pada
aktiviti seperti ini.
Kanak-kanak
yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan
memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini
kerana, guru tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat
belajar. Guru Cuma perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak
tersebut. Kanak-kanak yang proaktif juga merupakan tingkah laku positif.
Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif. Ini kerana
kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada
aktiviti, suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar
cerdas jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus
pandai memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan.
Tingkah
Laku Negatif
Tingkah laku
negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah
laku negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah
kanak-kanak yang seriang memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak
yang mempunyai tingkah laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah
laku kanak-kanak iaitu permusuhan nyata
iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan
yang bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur
untuk dapatkan makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan
tersebut.
Selain itu
juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif. Bagi kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
distruptif pula, kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-ciri hyperaktif, suka
membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif
merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering
menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkah laku
bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi
kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah.
Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga
aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan
kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan.
KEPENTINGAN
MENGURUS TINGKAH LAKU
Tingkah laku
terpuji penting bagi melahirkan murid yang bersifat sanggup melaksanakan
tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan Negara. Tanpa tingkah laku
terpuji dalam diri pelajar tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan
tanggungjawab diri sebdiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding
melakukan perbuatan baik kerana bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukan
kebaikan.
Tingkah laku
terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin,
berkesan, dan penuh ceria. Apabila murid yang bermasalah daripada segi disiplin
ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada murid yang membuat bising dan mengganggu
murid lain belajar.
Guru juga tidak
perlu meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan murid .Ini menyebabkan
berbagai-bagai masalah sebalaiknya murid sendiri sudah memahami
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan
murid dapat diperbaiki dan kemesraan dapat diwujudkan, di sadapat berubah.mping
minat bagi menimba ilmu dapat dipertingkatkan.
Para pelajar
menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkah laku
terpuji. Apabila mereka mengikut didiplin yang telah ditetapkan, jadual mereka
dan tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara
secara sistematik dan mengikut laluan yang betul tanpa menyalahi undang-undang.
Mereka dapat menjadi lebih produktif lagi dalam menghasilkan idea yang menarik
dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang kemahiran.
Masa dapat
dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih
singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masa dan tidak
membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan. Sebagaimana
yang kita tahu, pelajar kini lebih banyak melakukan tingkah laku bermasalah
sehingga hilang pegangan dan hala tuju.
Pembangunan
tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampu melatih pelajar
dengan dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih saying,
berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu, dengan
mematuhi disiplin, pelajar sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik
dalam diri dan membuang sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri
mereka.
Top 5 Best Sports Books to Watch on Amazon | TITanium-arts.com
ReplyDelete› titanium canteen best-sports-book-to-watch- 토토 사이트 trex titanium headphones › titanium price best-sports-book-to-watch- cobalt vs titanium drill bits