Sunday, December 9, 2018

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA



Bab ini tentang kepelbagaian budaya murid.  Sebagai contoh, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid.  Bab ini juga dapat mengetahui, memahami dan mengenalpasti gaya pembelajaran, pengurusan merentas budaya dan isu-isu budaya di sekolah.

Menurut kamus dewan, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengajaran dan pengawalan pengelolaan, penyelenggaran.  Menurut Pasudi Suparlan pula, budaya adalah sebagai keseluruhan pengetahuan manusia sebagai makhluk sosial yang digunakannya untuk memahami dan menginterpretasikan lingkungan dan pengalamannya, serta menjadi landasan bagi tingkah lakunya. 

Secara umumnya, perkataan “Budaya”, yang berasal daripada bahasa Sanskerta iaitu “buddhayah”, merujukan bentuk jamak atau buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.  Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini menitikberatkan dalam mengkaji budi dan akal pelajar di sekolah.
Perbezaan Individu dan Proses Pembelajaran

Perbezaan Individu
         Dari segi hakikat kejadian, manusia memang berbeza antara satu sama lain. Para pendidik tidak menafikan hakikat ini kerana telah termaktub dalam FPN.
         Namun terdapat sebilangan guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Hakikatnya pelajar adalah sama sekali berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar.
         Keadaan ini memerlukan kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza. Sebahagian pelajar memerlukan bimbingan secara terus  oleh guru namun terdapat sebilangan pelajar pula mampu belajar secara berkesan dengan penglibatan guru yang minimum.

Proses Pembelajaran
         Kemajuan ilmu dalam teori dan penyelidikan telah membuka ruang untuk para penyelidik untuk menyemak semula rangka konseptual dan fahaman kita terhadap jenis maklumat mengenai pelajar dan pembelajaran secara individu dan cara pengajaran dapat disesuaikan.
         Bloom (1976) merumuskan bahawa perbezaan dalam ciri2 peribadi dan pembelajaran boleh diubah. Beberapa pembolehubah penting seperti ciri2 keluarga, jangkaan ibu bapa dan penglibatan mereka (walberg, 1984) kognisi dan proses2 pembelajaran (Chipman et. al… 1985) dan motivasi pelajar serta peranan yang dimainkan sendiri oleh pelajar  tidak lagi dikira sebagai sebagai pembolehubah yang statik.
         Perkembangan ini memaksa pendidik menyemak semula dan mengubah cara serta bagaimana untuk menilai hasil pendidikan. Penilaian berasaskan jumlah ilmu yang dikuasai melalui sistem peperiksaan perlu diubah kepada satu cara lain bagi mengukur ilmu yang dikuasai pelajar secara individu.
         Jika prinsip bahawa ciri2 pelajar boleh diubah dapat diterima, maka langkah pengubahsuaian perlu dicari bukan sahaja proses2 psikologi dan operasi kognitif yang digunakan oleh pelajar sebagai individu (Feuertein et, al… 1985; Palinscar & Brown. 1984).

PENDEKATAN KURIKULUM

·         Bertujuan untuk memahami 
   masalah/kesukaran  yang dialami oleh pelajar dalam proses persekolahan mereka.
·         Mampu menyediakan skop sokongan kepada
   lebih ramai pelajar termasuk pelajar yang diasingkan daripada sekolah dan kelas biasa
Kepelbagaian Pelajar dan Peranan Sekolah
  Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa sekolah memikul tanggungjawab memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar atau tidak.
    Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa.
   Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu. Manakala istilah lain pula mendefinisikan pendidikan inklusif sebagai satu falsafah sekolah.
         Sikap pengurusan sekolah amat penting terhadap pembentukan dasar dan amalan di peringkat sekolah.
       Dalam konteks pendidikan inklusif, beberapa perubahan perlu dilakukan terutamanya peranan sekolah khas iaitu:
1. Membuka peluang kepada pelajar yang mengalami kecacatan teruk dan pelbagai.
2. Berperanan sebagai pusat rujukan dan perundingan serta bekerjasama dengan sekolah biasa untuk menjayakan pendidikan inklusif.
3. Menjalankan kursus pengembangan staf atau kursus-kursus dalam perkhidmatan guru biasa.

Oleh itu, peranan guru biasa dalam konteks inklusif memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain di sekolah dan guru-guru khas.Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan. Selain itu, Guru perlu menukar cara bekerja sendirian kepada cara kolaboratif iaitu cara berkumpulan dan sentiasa bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.

Tujuan dan Strategi Pembezaan

Tujuan pembezaan adalah untuk menggalakkan kejayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar dengan cara membolehkan pelajar daripada latar belakang dan kebolehan yang berbeza untuk membuktikan apa yang mereka tahu, faham, dan apa yang boleh mereka lakukan.Proses ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk diberi tugas-tugas yang sesuai dan relevan dengan kebolehan mereka.

Terdapat beberapa jenis pembezaan yang boleh digunakan oleh guru untuk mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan kurikulum.

1. Isi Kandungan : Pembezaan kaedah mengajar melibatkan perbezaan isi kandungan.

2. Minat : Pembezaan pengajaran isi kandungan boleh dilakukan untuk mencerminkan minat pelajar.

3. Kadar: Pembezaan kadar belajar merupakan jenis pembezaan yang paling kerap digunakan oleh guru

4. Tahap: Pembezaan kadar belajar diikuti oleh pembezaan dari segi tahap.

5. Akses: Pembezaan dari segi akses melibatkan guru menyediakan aktiviti yang sama bagi semua pelajar, tetapi cara pembentangan aktiviti diubahsuaikan bagi pelajar tertentu berdasarkan keperluan mereka

6. Respon: Pembezaan akses memberi peluang kepada pembezaan respon pelajar.

7. Urutan: Pembezaan urutan kandungan kurikulum membolehkan pelajar memilih untuk menumpu kepada topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran sesuatu subjek
.
8. Struktur: Pembezaan struktur berlaku apabila pengajaran dirancang sedemikian rupa di mana sesetengah pelajar belajar isi kandungan secara menyeluruh (‘chunks’) manakala yang lain belajar secara langkah demi langkah.

9. Masa guru: Masa dan perhatian guru untuk pelajar-pelajar tertentu berlaku secara tidak terancang kerana guru tidak merancang untuk membahagikan masa mereka secara purata.

10.Stail pengajaran: Pembezaan stail pelajaran adalah perlu supaya guru dan pelajar tidak menjadi bosan

11.Pengumpulan: Guru mengamalkan pengumpulan sebagai satu kaedah pembezaan. Pengumpulan pelbagai dan imaginatif membolehkan guru menyediakan tugas-tugas yang spesifik dan bahan-bahan yang sesuai dengan objektif dan hasil pembelajaran yang dijangkakan.

Implikasi dan Cabaran

         Proses pendidikan adalah  satu proses evolusi yang mengalami perubahan secara berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru dan juga pegawai2 pendidikan di kementerian.Bagi menghadapi perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan berkualiti, pendidikan dan perkembangan guru boleh berlaku dalam tiga kaedah
1. Melalui program perguruan asas/pra perkhidmatan
 - sukatan pelajaran pendidikan guru di maktab dan universiti perlu disemak semula  untuk menekankan komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah; struktur dan  organisasi sekolah yang mendokong falsafah inklusif dan keterampilan guru untuk berfungsi dalam bentuk mod kolaboratif.

2. Melalui kursus dan perkhidmatan
  - Kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan untuk membantu para guru menangani perubahan secara berkesan. Isi kandungan kursus perlu diasaskan kepada kumpulan sasaran serta aspek2 perubahan, penguasaan kemahiran dan peneguhan kemahiran yang sedia ada.

 3. Program pengembangan staf berpusatkan sekolah.
 - Pendekatan ini menggalakkan keseluruhan staf sesebuah sekolah untuk menghadapi dan menyelesaikan isu2 sebenar dalam konteks kerja yang sebenar. Pendekatan ini menggalakkan koloborasi antara guru secara berterusan dan rasa komitmen kepada keputusan yang dipersetujui bersama.

Kesimpulannya,Guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai budaya serta, Seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajar-pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek.

No comments:

Post a Comment