Saturday, December 8, 2018

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN



Sesi pembelajaran diteruskan dengan topik ‘Interaksi dan Pembelajaran’.Guru menerangkan dengan lebih lanjut bentuk-bentuk interaksi dalam pembelajaran. Interaksi dalam pembelajaran membawa maksud satu jalinan hubungan di antara guru dan pelajar. Guru dan pelajar akan sentiasa berinteraksi antara satu sama lain supaya saling melengkapi. Interaksi antara individu merangkumi 3 kategori termasuklah percakapan guru, percakapan pelajar dan kesenyapan. Percakapan guru terbahagi kepada pengaruh langsung dan pengaruh tidak langsung.Guru turut mendedahkan berkaitan jenis-jenis interaksi seperti interaksi sehala, interaksi dua hala, dan interaksi pelbagai hala. Tambahan pula, interaksi antara pelajar dan guru amatlah penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) kerana ia dapat memastikan murid faham mengenai sesuatu pelajaran. Dalam pengajaran, guru harus memastikan objektif dan sasarannya dapat dicapai, dengan adanya interaksi ini, ia akan meningkatkan kefahaman dan minat pelajar.

Jenis- jenis interaksi antaranya

Interaksi dua hala

  • Menjadi dua hala bila guru bertanya pelajar menjawab, atau pelajar bertanya guru menjawab. Selain itu, Interaksi antara rakan sebaya tiada, serta Interaksi pasif spt ini membuatkan pelajar menjadi bosan dan rimas apabila perlu memasukkan terlalu banyak fakta ke dalam minda mereka

Interaksi kumpulan

  • Bertujuan utk  galakan penyertaan aktif pelajar dalam PdP.  Kerja berkumpulan diwujudkan supaya pelajar dpt berinteraksi dgn sesama mereka dlm perbincangan. Seterusnya,  Guru hanya menjadi pemudahcara. Selain itu, Interaksi sebegini mampu memupuk nilai positif spt bekerjasama, menghormati, toleransi, perpaduan. seterusnya, dalam keadaan ini, pelajar yg takut, malu dgn kehadiran guru boleh dan mampu berinteraksi dgn aktif  dgn rakan lain. Akhir sekali,  Sesi sumbang saran sebegini mampu menjana idea yg berkualiti daripada pelajar

Interaksi antara kumpulan

  • Selepas berbincang dalam kumpulan, boleh diadakan sesi pembentangan dan  Kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang

Interaksi sosial

  • Istilah sosial adalah konotasi kepada sesuatu perlakuan (behaviour) dalam sesuatu komuniti. Kamus Dewan mendifinisikan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan,  ia juga merujuk kepada persahabatan, pergaulan dan apa saja aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Namun dalam konteks bilik darjah, pendekatan interaksi sosial lebih menekankan aktiviti berkumpulan. Ia bertujuan mewujudkan perpaduan dan kerjasama yg maksimum antara pelajar. Strategi pembelajaran koperatif sgt sesuai utk wujudkan interaksi sosial

Interaksi berkesan

  • Berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Sekiranya maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, berlakulah konflik antara keduanya.Beberapa  cara boleh diamalkan oleh guru untuk wujudkan interaksi berkesan, antaranya :
  • Bersikap positif dan percaya kepada pelajar
  • Bersifat ramah dan mesra
  • Hormat pada pandangan dan pendapat pelajar
  • Ketahui latar belakang pelajar
  • Gunakan bahasa yang mudah difahami
  • Galakkan pelajar berikan idea atau pandangan
  • Gunakan nama pelajar ketika berinteraksi

Dapat simpulkan bahawa interaksi antara dua belah pihak iaitu antara guru dan pelajar itu sendiri perlulah disatukan agar mampu mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang seronok di samping mempercepatkan kefahaman para pelajar untuk memahami sesuatu subjek yang dipelajari.

No comments:

Post a Comment