Saturday, December 8, 2018

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH



PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana  guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006).
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011).
Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009).

PERANAN GURU DALAM MELAHIRKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF

Kedudukan meja pelajar

meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah.
Penyusunan kerusi meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.

Alat bantu mengajar (ABM)

Alat bantu mengajar (ABM) seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semua murid boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya, guru haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid-murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid-murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.

Papan kenyataan

Papan kenyataan hendaklah dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi.Setiap papan kenyataan sudut matapelajaran hendaklah diisi dengan nota-nota yang penting.Guru hendaklah mengagihkan setiap sudut mata pelajaran kepada beberapa kumpulan pelajar untuk mereka penuh kan papan kenyataan tersebut.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Konsep Komunikasi

Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada seseorang kepada orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada penghantar kepada penerima dikenali sebagai komunikasi.Komunikasi berkesan hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang dihantar dengan tepat.

Terdapat dua jenis komunikasi:
 (a) Komunikasi lisan
 (b) Komunikasi bukan lisan.

Pola Interaksi dalam Bilik Darjah

Interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala.Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.Di dalam bilik darjah

Terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu:
   1. Interaksi sehala -interaksi sehala daripada guru kepada murid.
   2. Interaksi dua hala -interaksi dua hala antara guru dengan murid atau
       murid dengan murid
   3. Interaksi pelbagai hala -interaksi antara guru dengan murid,murid dengan
       murid dan murid dengan guru.

Kepentingan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
·   Mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang aman dan harmonis.
·   Membolehkan guru memotivasikan murid-muridnya supaya berminat dalam pembelajarannya.
· Mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid,murid dan murid supaya pembelajaran lebih menyeronokkan.
·   Penglibatan murid yang lebih aktif dan berkesan.

Halangan dan Gangguan Komunikasi dalam Pengajaran & Pembelajaran
·         Suasana kelas yang bising.
·         Guru yang kurang berpengalaman.
·         Kepimpinan guru yang autokratik.
·         Bilangan murind yang terlalu ramai.

Langkah-langkah untuk mewujudkan Komunikasi Berkesan dalam Bilik Darjah
1. Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang baik
2. Elak kriyik dan melabel murid-murid
3. Guru sebagai Role Model
4. Gaya kepimpinan DEMOKRATIK

Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Dalam Bilik Darjah

·         Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Guru perlu membuat perancangan sebelum memulakan proses P&P.Merangkumi rancangan pengajaran harian dan rancangan pengajaran tahunan.Guru perlu mengenal pasti tahap keupayaan pelajar, hasil pembelajaran yang hendak dicapai, bahan bantu belajar yang akan digunakan, strategi atau kaedah yang hendak diaplikasikan, isi pelajaran yang sesuai dengan masa.

AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN
      Kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan  aktiviti dalam kumpulan.
      Pengelompokan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan dan minat.
      Murid dikelompokkan sama ada dalam kumpulan sama kebolehan atau berbeza kebolehan.

AKTIVITI PENGAJARAN INDIVIDU
      Murid akan menguasai kemahiran mengikut kebolehan mereka.
      Guru harus memerhati dan mengetahui perbezaan ini. Ia dapat dikesan melalui kemahiran bertutur, membaca, menulis, mengira, menyelesaikan masalah, melukis dan menggunakan peralatan dan bahan.
       Pengawasan yang baik akan meningkatkan potensi pelajar.
      Pengajaran individu boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang kecil.
      Guru harus menyediakan situasi pembelajaran yang meransang murid untuk belajar.
      Pada amnya, murid mengalami proses pembelajaran secara individu walaupun ketika di dalam kelas sama ada secara formal atau tidak formal.

PUSAT PEMBELAJARAN
  Ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid.
  Ia diwujudkan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal.
  Sesi pengajaran dapat dilakukan dengan pelbagai teknik, kaedah dan pendekatan.

Fungsi pusat pembelajaran
 Menyediakan ruang, peluang dan bahan kepada murid menggunakan lebih drpd satu deria dalam sesi pembelajaran.
 Tempat guru melaksanakan aktiviti pengajaran dengan penekanan penglibatan maksimum dan pelbagai bahan.
  Tempat mempamerkan hasil kerja murid bagi membina kreativiti dan keyakinan murid.

Panduan membina pusat pembelajaran
      Pastikan bilik darjah menepati ciri-ciri bilik darjah KBSR/KBSM.
      Susun kedudukan kerusi dan meja supaya ada ruang murid untuk bergerak.
      Ubah susunan tempat duduk dari semasa ke semasa.
      Kenalpasti bahan-bahan sumber yang diperlukan untuk diletak pada pusat pembelajaran.
      Lengkapi pusat pembelajaran dengan pelbagai sumber dan bahan.
      Kenalpasti tempat untuk mempamerkan hasil kerja murid.

PENYEDIAAN BAHAN
      Apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran merangkumi alat dan isi pelajaran
      Dikenali sebagai media pendidikan :-
1) perkakasan
2) bahan atau perisian
      Digunakan sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna

Jenis bahan dan pengambilan
      Terbahagi kepada dua iaitu:-
    1) bahan hidup
    2) bahan bukan hidup
      Bahan hidup- manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
  Bahan bukan hidup- elektronik (audio dan visual), bukan elektronik- (bahan cetak, bukan cetak), bahan-bahan 3 dimensi(semulajadi dan buatan manusia)

Perancangan bahan
      Perkara yang diutamakan dalam merancang penggunaan sesuatu bahan:-
    - jenis dan bentuk bahan
    - cara bahan digunakan
    - kemudahan penggunaan bahan

PENGURUSAN SUMBER
Satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran sempurna.
Sumber pendidikan
 Segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Objektif pengurusan sumber
      Mewujudkan suasana dan persekitaran pendidikan yang hidup dan mencabar;
      Menimbulkan minat dan semangat untuk murid belajar;
      Memastikan aktiviti-aktiviti bilik darjah berjalan tanpa gangguan; dan
      Menjamin perkembangan pembelajaran murid.

 Kesimpulannya, Pengurusan bilik darjah adalah untuk membantu guru mengendalikan dan menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih mudah. Pengetahuan yang mendalam tentang pengurusan bilik darjah akan memberikan keyakinan dan masa yang lebih banyak untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment