Sunday, December 9, 2018

BAB 10 : KEMAHIRAN ASAS DALAM BIMBINGAN DAN PENASIHATAN


Konsep Bimbingan

Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.
Bimbingan juga adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.
Bimbingan adalah merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.

Konsep Kaunseling

Kaunseling merupakan proses untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan. Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien. Menurut Persatuan Kaunseling amerika pula, kaunseling merujuk kepada aplikasi prinsip-prinsip kesihatan mental, psikologi atau perkembanganmanusia serta strategi intervensi kognitif, afektif atau tingkah laku bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pertumbuhan peribadi, perkembangan kerjaya atau patologi.

Konsep Psikoterapi 

Secara tradisional psikoterapi berfokus kepada masalah serius yang berhubung dengan intrapychic, internal, isu-isu personal dan konflik.

Ciri-ciri psikoterapi secara tradisional : 
1 . Memberi penekanan kepada masa lampau.
2. Celik akal.
3. Terapi bertindak sebagai pakar.
4. Psikiatri/Psikologi menggunakanistilah psikoterapi.
Psikoterapi melibatkan pesakit yang berada di setting ( out patient and in patient ) yang melibatkan penempatan seperti hospital sakit jiwa.
Beza bimbingan dan kaunseling Bimbingan adalah membantu individu membuat pilihan menurut nilai dirinya manakal kaunseling membantu individu membuat perubahan. Di awalnya, bimbingan berlaku di sekolah iaitu guru membantu pelajarmembuat keputusan. Kini, bimbingan adalah satu bahagian dari keseluruhanperkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Definisi Kaunseling

Menurut Mizan Adillah dan Halimatun Halalilah (1995) kaunseling merupakan proses bersemuka antara kaunselor dan klien. Tujuan pertemuan adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai untuk klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya di samping mengetahui buruk baik dan halangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Justeru itu, kaunseling  diertikan sebagai  proses bantuan yang dijalankan oleh  kaunselor bagi mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien dan ia menitiberatkan faktor kerahsiaan.

KEMAHIRAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Kemahiran melayan dan mendengar
        i)            Melayan
•      Beri perhatian sepenuhnya
•      Tunjukkan hormat, minat & ambil berat
•      Murid dapat meluahkan perasaan
Mendengar
•      Perkara asas dalam bimbingan dan penasihatan
•      Memahami dengan tepat sesuatu mesej
•      Dapat memberi cadangan yang berkesan
Halangan dalam proses mendengar
•      Terlalu cepat menilai mesej
•      Tumpuan terputus
•      Ingin segera menyelesaikan masalah
•      Soalan tertumpu kepada persoalan ‘menarik’
•      Pembimbingan beremosi
•      Memikirkan soalan yang berikut

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

        i)            Komunikasi Berkesan
•      Menggunakan bahasa yang tepat dan mudah difahami
•      Berkeyakinan
•      Menampakkan kemesraan
•      Mewujudkan kepercayaan mendengar
) Ciri Komunikasi dalam bimbingan dan penasihatan
•      Saling mempercayai dan menghormati
•      Bertujuan menolang
•      Teraputik
iii) Jenis komunikasi
•      Lisan
•      Tanpa lisan
Konsep penasihatan
•      Zuraidah (1994)
•      Memberi nasihat
•      Tanpa memikirkan perasaan individu
•      Mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa dan menjelajah masalah
•      Kamus Dewan (1994)
•       ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengsyorkan atau menganjurkan tentang pelbagai hal.
Ciri-ciri penasihatan
•      Tumpuan kepada masalah
•      Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti
•      Strategi paling cepat untuk mengatasi permasalahan

JENIS-JENIS KAUNSELING

- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok

Kaunseling Akademik
Menyediakan kaunseling bagi menolong murid memilih mata pelajaran sejajar dengan minat, keupayaan dan percapaian

Kaunseling Kerjaya
Menolong murid-murid menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya
Memberikan kesedaran dan ingatan kepada murid-murid bahawa perancangan kerjaya perlu dibuat daripada awal lagi.

Kaunseling Peribadi
Kefahaman kendiri, iaitu membantu murid-murid secara individu untuk memperolehi maklumat dan membentuk sikap celik akal dan nilai yang sejajar dengan kehendak-kehendak masyarakat
Menolong individu membuat keputusan yang waras serta bijaksana

Kaunseling Kelompok
Kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain.
Menurut Ohlsen M. M. (1997), pula menyatakan bahawa kaunseling  kelompok merupakan suatu perhubungan unik di mana klien berasa selamat untuk mebincang apa yang membimbangkan mereka serta untuk mengenal pasti tingkah laku baru yang diingini, mengamalkan kemahiran-kemahiran antara individu yang asas dan melakukan tingkah laku yang baru.

Etika Kaunseling
·         Satu tatasusila atau peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang kaunselor dalam memberi pertolongan kepada individu lain untuk mendapatkan kesedaran diri dan dapat bertindak balas dengan persekitarannya. Ianya juga merupakan satu peraturan yang harus dilaksanakan oleh seorang kaunselor demi menjaga hak-hak klien.

Secara amnya etika kaunseling merangkumi 3 ciri utama :
a) Menggariskan satu bentuk peraturan kepada ahlinya untuk bertindak mengikut lunas-lunas dan peruntukan sistem yang dibenarkan
b) Satu manual kerja atau prosedur tugas yang memberikan penerangan ringkas berkaitan proses tingkah laku yang perlu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya.
c) Mengandungi nilai-nilai murni didalamnya dimana ia bermaksud segala peraturan yang diperoleh adalah untuk memberikan kebaikan dan keadilan yang maksimum kepada kaunselor dan klien (Nordin,2000).

No comments:

Post a Comment