Sunday, December 9, 2018

BAB 8 : STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN


KONSEP BILIK DARJAH

DAHULU
Lima hingga enam pelajar duduk di bawah sebatang pokok  besar dan mendengar ajaran seorang guru sudah dianggap satu bilik darjah. Selain itu, Surau atau pondok tempat mengaji juga dianggap sebagai satu bilik darjah.

SEKARANG
Sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan juga dinggap bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan oleh pelajar untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah. pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam  satu-satu kelas.

JENIS BILIK DARJAH
·         Bilik Darjah Tradisi
·         Bilik Darjah KBSR Dan KBSM
·         Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas (KBSM)
·         Bilik Darjah Terbuka

PENYUSUNAN BILIK DARJAH
Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang  sesuatu pembelajaran.
Sharifah Alwiah Alsagof (1986:44),  persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan  kuasa  serta sumber pengajaran guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1981:16),Kemasnya organisasi benda-benda fizikal di dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, almari   dan lain-lain tidak menjamin yang pembelajaran boleh berlaku melainkan jika guru menguruskan murid-murid selaras dengan matlamat yang dituju.
Atan Long (1986:109) menyatakan bahawa, pengurusan bilik darjah hendaklah berdasarkan fungsi dan matlamat yang hendak dicapai melalui penggunaan bilik darjah. Dalam hal ini, penyusunan bilik darjah dapat melibatkan beberapa tujuan supaya tercapai objektif yang hendak ditentukan. Antara yang ditekankan seperti masa, tenaga, alat pengajaran yang dapat digunakan dengan baik, kemudahan digunakan secara berkesan dan susunan menggalakkan untuk pembelajaran.

TEMPAT DUDUK PELAJAR
Kedudukan pelajar tidak boleh diubah suai bagi menggelakkan berlakunya kekeliruan sewaktu belajar.

MEJA GURU
Meja guru biasanya terletak dibahagian hadapan kelas, Guru harus berada di sekitar meja pelajar bagi pembantu dalam proses pembelajaran.

KERUSI DAN MEJA PELAJAR
Sharifah Alwiah Alsagoff ( 1986:45) tiada satu cara penyusunan kerusi meja pelajar yang terbaik, ia bergantung kepada umur dan keperluan pelajar. Antara bentuk susunan kerusi dan meja dalam sesebuah bilik darjah seperti, Kedudukannya tidak menyebabkan ada pelajar yang membelakangkan papan hitam, ini kerana penerangan guru secara kelas akan menyebabkan pelajar terpaksa berpusing dan akan menyebabkan merasa terganggu.
Penyusunannya perlu berkait rapat dengan strategi dan pendekatan pengajaran pembelajaran (KPM 1989:9),ini kerana dalam KBSR pengajaran secara berkumpulan dan individu lebih diutamakan. Namun demikian, pengajaran cara kelas masih juga boleh dijalankan mengikut situasi tetentu.Kedudukan kerusi meja KBSR dan KBSM perlu melibatkan beberapa ruang pembelajaran. Keadaan ini termasuk ruang bacaan dan sebaginya.

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Rutin Bilik Darjah
          Pengurusan bilik darjah yang baik akan mewujudkan bilik darjah yang efektif dan berkesan.

Tujuan Rutin Bilik Darjah
       Menjimatkan masa dan tenaga
       Menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan   bekerjasama di kalangan pelajar.

FAEDAH RUTIN BILIK DARJAH

Perlaksanaan rutin didalam bilik darjah mendatangkan beberapa faedah iaitu:
          Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur.
          Pengurusan rutin yang teratur akan menjimatkan masa guru dan pelajar.
          Rutin akan menyemai nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
     Pengurusan rutin bilik darjah yang sempurna dan cekap akan menimbulkan rasa selamat kepada pelajar.
     Pelajar dapat kemahiran kepimpinan serta dapat mengamalkan prinsip demokrasi khasnya sewaktu membuat pemilihan untuk mendapatkan ketua.
        Peraturan yang sedia ada dalam bilik darjah dapat membantu mengawal disiplin didalam bilik darjah.

MENYIMPAN REKOD

Penyimpanan Rekod
          Satu cara merekod, mengelas dan mentafsirkan data seseorang pelajar. Segala maklumat yang diperoleh membolehkan guru membuat penilaian terhadap objektif pengajarannya sama ada berjaya atau gagal.
Syarat-syarat Rekod
          Rekod mesti digunakan
          Rekod mesti boleh diperoleh dengan mudah
          Rekod mesti lengkap
          Rekod mesti menyatakan perkara yang benar

KLASIFIKASI SUMBER PEMBELAJARAN

Dikelaskan kepada empat jenis iaitu :
          Sumber asas
          Sumber bukan elektronik
          Sumber elektronik
          Sumber yang bercorak pengalaman
Kriteria Memilih Sumber
       Tujuan
       Kesesuaian
       Kemudahan Memperoleh
       Kepentingan Sumber Pembelajaran

INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

KONSEP INTERAKSI

Satu proses saling bertindak yang berlaku di antara   sekurang-kurangnya dua pihak.
Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia.

KONSEP BILIK DARJAH

Tempoh proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

JENIS INTERAKSI BERCORAK LISAN
1. Interaksi sehala atau tradisional
2. Interaksi dua hala antara guru dan murid
3. Interaksi dua hala antara murid dan murid
4. Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
5. Interaksi komputer

JENIS INTERAKSI BERCORAK LISAN

Interaksi sehala atau interaksi tradisional

Interaksi bilik darjah menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti P&P yang berlaku di dalam kelas.

Ciri-ciri:
Corak interaksi bilik darjah ditentukan   oleh guru kelas
Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid
Murid tidak terlibat dalam P&P secara aktif

Interaksi dua hala antara murid dan guru

Guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan @ kaedah induktif. Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala.

Ciri-ciri:
·         Aktiviti bercorak aktif
·         Perhubungan guru dan pelajar  menjadi semakin rapat
·         Menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam proses P&P dengan menyoal dan meminta pendapat.


Interaksi dua hala antara murid dengan murid

Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kertas kerja, kaedah bermain, lakonan, sumbangsara sebagai aktiviti dalam P&P.

Ciri-ciri:
Aktiviti pembelajaran aktif dan dinamik.
Perhubungan antara murid dengan murid dapat dieratkan.
Interaksi antara guru dan murid dihadkan mengikut arahan guru sahaja.
Pembelajaran koperatif dan koloboratif menjadi tumpuan guru.

Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid

Guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah.

Ciri-ciri:
Komunikasi berkesan berlaku
Penyertaan aktif murid dalam P&P
Suasana yang kondusif untuk mengendalikan P&P


PEMBENTUKAN INNTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

Faktor yang mempengaruhi pembentukaninteraksi dalam kelas :

Susunan bilik darjah :

·         Kedudukan meja dan kerusi
·         Tiga jenis susunan meja dan kerusi
-Susunan Tradisi
-Susunan Horse Shoe
- Susunan Madular


Keadaan emosi bilik darjah
·         Suara guru yang jelas
·         Sikap guru yang positif

Kawalan yang sempurna dan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai :

Gaya Autokratik – Interaksi sehala (tidak sesuai)
Gaya Demokratik – Interaksi dua hala (paling sesuai)
Gaya Laissez Faire – Kebebasan penuh diberikan       kepada pelajar (tidak sesuai)

Penggunaan kaedah  kumpulan :
·         Pelajar berfikir, merancang, melaksanakan dan menilai kerja dengan semangat gotong royong.
·         Memperbanyakkan pengajaran berbentuk amali daripada berbentuk teori
·          Semua pelajar boleh terlibat dan bergerak balas secara cergas.
·          
Guna kaedah pengajaran yang boleh menghidupkan suasana pembelajaran :
·          Perbincangan, soal jawab, sosiodrama, permainan dan lain-lain.

Guna alat bantu mengajar berteknologi :
·         Slaid, pita video, rakaman dan lain-lain
·         Mudahkan proses p&p
·         Diminati oleh pelajar

Lakukan kegiatan pemulihan bagi pelajar yang bermasalah.
·         Sesi bimbingan - guru sebagai kaunselor

Sikap guru yang baik
·         Beri pelajar kebebasan untuk membuat keputusan dan peluang untuk bekerja sendiri

Suasana bilik darjah yang kondusif penting bagi mewujudkan proses P&P yang berkesan :
Terbahagi kepada 3 :
·         Suasana fizikal
·         Suasana social
·         Suasana emosi

SUSUNAN FIZIKAL BILIK DARJAH

·         Melibatkan unsur fizikal bilik darjah.
·         Menggalak atau menghalang P&P.
·         Guru berperanan menentukan suasana fizikal.

·          Perancangan dan penyusunan ini melibatkan :-
Mengorganisasi
Merancang
Penggunaan ABM, APD, kerusi, meja, papan tulis dan sebagainya.


SUASANA SOSIAL BILIK DARJAH

·         Guru mengkaji melalui pemerhatian biasa dan teknik sosiometri.

·          Sosiometri :
-Teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan  individu dengan pelajar
- Ujian Sosiometri Moreno
- Kegunaan

Bagi menentukan seseorang pelajar itu ahli sesuatu kumpulan atau penerimaan pada kumpulan lain.
- Kelemahan

Perhubungan yang dinyatakan pelajar adalah hubungan yang dianggap pelajar itu sendiri.
~Perhubungan yang mungkin tidak dibalas
~Hubungan sehala


 SUASANA EMOSI BILIK DARJAH

Lebih penting daripada suasana fizikal dan sosial

Gabungan daripada berbagai-bagai perkara :
·         Suara
·         Kelucuan
·         Penggunaan pujian
·          Sikap dan ekspektasi bilik darjah
·          Kemesraan
·         Stail
·         Kawalan
·         Kepimpinan dan kaedah mengajar


SUARA
·         Jelas, terang, semula jadi, tidak tegang dan bercorak perbualan.
·         Mewujudkan suasana tenang.
·         Galak wujud interaksi pelajar semasa P & P
·         Ciri suara yang menimbulkan kesan emosi:
- Kelicinan pertuturan
- Gaya
- Nada

 PENGGUNAAN PUJIAN

·         Pujian yang biasa adalah pujian lisan.
·         Cara memberi pujian :
- Memuji secara perseorangan atau kumpulan.
- Memuji kerja, sikap,jawapan dan sebagainya
- Memuji di khalayak ramai- bergantung pada situasi.

 KAWALAN

·         Teknik yang biasa ialah jenis positif & negatif.
·         Kawalan positif & formal:-
Pemberian Markah.
Menggalakkan persaingan.

Kawalan positif Tidak formal:-
Melonggarkan Peraturan
Menggunakan pengajaran
ekstrinsik.

Kawalan negatif
- Denda
- Tidak memberi ganjaran
- Sindiran
- Hukuman
- Bangkangan

Kepimpinan dan kaedah mengajar

Suasana P&P yang demokratik menggalakkan pelajar bekerjasama.
Akan lebih mementingkan tugasan, menunjukkan inisiatif & bertoleransi.

Guru mempengaruhi pelajar secara tidak langsung :-
-Terima perasaan pelajar tanpa menakutkannya.
- Memuji pelajar.
- Galak mereka guna & terima iden pelajar lain

Guru mempengaruhi pelajar secara langsung:-
-Semalu marah
-Memberi arahan
-Terlalu kritikal.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, strategi pengurusan bilik darjah adalah berkait rapat dengan tiga
aspek penting seperti unsur fizikal, interaksi dan iklim bilik darjah. Selain itu juga, peranan daripada guru adalah penting  bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
seiring dengan matlamat dan isipembelajaran yang ingin disampaikan.

No comments:

Post a Comment