Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di
sekolah.Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan
mencerminkan prestasi sekolah.Kemampuan sekolah seharusnya memainkan peranan yg
lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.
Peter F Drucker, pengurusan boleh ditakrifkan sebagai
proses sosial yg dibentuk utk memberikan kerjasama, penglibatan, campurtangan,
& penyertaan org lain ke arah pencapaian yg lebih berkesan. Jaafar Muhamad
mendefinisikan pengurusan sbg proses mengagihkan input2 organisasi spy objektif
organisasi tercapai.
Falsafah & fungsi pengurusan murid di sekolah
Pengurusan Murid atau personaliti pelajar
dalam konteks negara pada asasnya mestilah bertunjangkan kepada Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). Dengan kata
lain, pengurusan murid yang dikendalikan dalam semua institusi pendidikan
termasuklah di sekolah hendaklah dilaksanakan berpandukan falsafah, dasar,
aspirasi dan sistem pendidikan di negara ini. Berdasarkan pegangan falsafah
ini, maka segala urusan berkaitan perkhidmatan dan pengurusan murid bukan
sahaja bertepatan dengan matlamat sekolah, tetapi juga matlamat negara.
KONSEP PENDIDIKAN KHAS
• Pendidikan khas:
§ Program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus sesuai untuk
memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu
yang berkeperluan khas, iaitu individu yang mengalami pelbagai kecacatan atau
kurang upaya atau yang pintar cerdas (gifted)
JENIS
KECACATAN
·
Cacat Penglihatan
·
Cacat Pendengaran
·
Cacat Anggota (Lumpuh)
·
Cacat Pertuturan
·
Sindrom Down
·
Spastik
·
Terencat Akal
·
Spina Bifida
·
Autisme
·
Pintar Cerdas
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha
yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari
potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang
dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.
Objektif
Ø Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan
keperluan khas
Ø Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid
dengan keperluan khas
Ø Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan
keperluan khas
Ø Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan
terkini
Ø Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang
pendidikan khas.
Secara rumusnya, para
murid yang mempunyai pelbagai upaya dalam pembelajaran mereka perlulah diajar
pada kelajuan yang sesuai. Standard prestasi
yang realistik dan memberi peluang yang sesuai mengikut bakat mereka untuk
mencapai potensi secara positif.
Kepimpinan sekolah sepatutnya memainkan peranan yang lebih penting
daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan untuk
memastikan murid sederhana turut mencapai prestasi yang baik dalam akademik dan
kokurikulum.
No comments:
Post a Comment