Saturday, December 8, 2018

BAB 4 :KEPIMPINAN DAN ORGANISASI



KEPIMPINAN SEKOLAH

Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.
Robert Kreither - Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi.

ORGANISASI SEKOLAH

Perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah). (Dewan Bahasa & Pustaka). Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah. Sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif

TUGAS-TUGAS ORGANISASI SEKOLAH

PENGETUA
·         Pemimpin/Ketua
·         Pengurus kurikulum dan kokurikulum
·          Pengurusan tenga pengajat dan kakitangan
·         Pengurusan dalaman dan luaran
PENOLONG KANAN
·         Mengajar
·          Membantu pengetua dalam pengurusan kurikulum
·         Bantu dalam pentadbiran harian
 PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
·         Mengajar
·         Pengurusan kebajikandan disiplin pelajar
·          Kemasukan dan pendaftaran pelajar
·         Perhubungan awam tugas-tugas lain
PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
·         Mengajar
·         Pengurusan kurikulum dan kokurikulum
·          Perhubungan awam
·         Pentadbiran harian
·         Tugas-tugas lain
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
·         Menyusun program pelaksanaan bimbingan dan kaunseling
·          Memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar menyusun laporan
·          Membuat rancangan tahunan sekolah
GURU KELAS
·         Buku daftar kedatangan
·         Pengurusan yuran khas
·          Perkara-perkara akademik
·          Bantuan kewangan
·         Biasiswa
·         Tugas-tugas lain
GURU
·         Mengajar
·         Membuat perancangan P&P
·         Menjaga disiplin, keselamatan dan kebajikan murid
·          Mentadbir dan mengurus bilik darjah
MURID
·         Mematuhi dan memahami peraturan sekolah
·         Menjaga dan memelihara harta benda sekolah
·         Menjaga serta meningkatkan kebersihan sekolah
·         Memahami susun lapis masyarakat di sekolah
·         Menghormati lagu sekolah

TEORI KEPIMPINAN

TEORI SIFAT

Penekanan kepada sifat/kualiti yg dimiliki seseorang untuk melayakkan jadi pemimpin
·         Bercitacita tinggi & bertenaga
·         Kemahuan untuk memimpin
·         Kejujuran & integrity
·         Keyakinan diri yang tinggi
·         Tahap kemantapan yang tinggi
·         Pengetahuan luas dalam tugas yang dilakukan
·         Tidak pedulikan keperluan pengikut
·         Gagal menjelaskan kepentingan pelbagai sifat relative
·         Tidak mampu memisahkan antara sebab & penyebab
·         Membelakangkan faktor/peluang keemasan

Teori Tingkahlaku

Ada dua kategori :
Berorientasikan tugas
·         Memberi tugas/arahan tertentu kpd subordinate
·         Harapan adalah subordinate tekun & berprestasi
·         Penekanan kpd ‘deadlines’ utk siapkan kerja
·         Autokratik
·         Bergantung kuasa kedudukan
·         Piawai yang ketat
·          Kawalan yang ketat
Berorientasikan pekerja
Wujudkan hubungan pemimpin pekerja
·         Yakin meyakini
·         Hormat & menghargai sumbangan pekerja
·         Membantu masalah
·         Memberi galakkan
·         Hubungan mesra
·         Memberi peluang pekerja membuat keputusan

Teori Kontingensi

·         Mengambil kira faktor situasi yang akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan.
·         Situasi tahap struktur tugas yang dijalankan.
·          Situasi kualiti perhubungan antara pemimpin & ahli.
·         Situasi kedudukan kekuasaan.
·         Situasi kejelasanan pesanan/arahan kerja.
·          Situasi norma kumpulan.
·          Situasi kesediaan maklumat.
·         Situasi penerimaan pengikut terhadap keputusan pemimpin.
·          Situasi kematangan pengikut.

Teori Kontingensi

Tiga (3) model teori kontingensi
·         Model Kontingensi Fiedler
·         Model Situasi HerseyBlanchard
·          Model Teori Laluan

KEPIMPINAN GURU

Menurut York-Barr & Duke (2008), kepimpinan Guru adalah proses di mana guru-guru, secara individu atau secara kolektif, mempengaruhi rakan-rakan mereka, pengetua, dan ahli-ahli masyarakat sekolah untuk meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar.
Menurut Hussein ( 1993 ), jenis-jenis kepimpinan guru ialah kepimpinan kurikulum, kepimpinan terhadap staf, kepimpinan Hal Ehwal Murid, kepimpinan kewangan dan fizikal, kepimpinan antara sekolah masyarakat dan kepimpinan am. 
Haris & Mujis (2005) – terdapat dua konsep utama dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan guru. 
Peranan & tanggungjawab - Guru tidak hanya bertanggungjawab dan memainkan peranannya dalam batasan ruang lingkup bilik darjah
 Kerjasama - Berperanan membimbing pelajar dan teman sekerja ke arah matlamat yang hendak dituju

KEMAHIRAN KEPIMPINAN GURU

Katzenmeyer & Moller (2005) menghuraikan 3 kemahiran kepimpinan guru:
1. Kebolehan mempengaruhi pelajar ataupun rakan setugas & bertindak sebagai fasilitator, mentor, pembimbing, pakar kurikulum, & pembentuk pendekatan bagi menerajui pembelajaran
2. Mengambil bahagian dalam tugas-tugas operasi sekolah seperti penglibatan dan berperanan sebagai sumber/media, guru disiplin, guru persatuan dan bertindak selaras dengan matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah
3. Berupaya melakukan perubahan dengan memberi sumbangan idea yang baik, dapat diterima pakai dan melakukan tindakan sesudah dilantik sebagan ahli seperti PIBG, jawatankuasa kantin dan lain-lain.

KOMPETEN KEPIMPINAN GURU

·         Memiliki ilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini
·         Cekap menggunakan segala sumber yang ada secara optimum
·         Mengamalkan budaya beretika
·         Memiliki budaya jati
·         Mahir berkomunikasi dengan berkesan
·         Produktif

KEPIMPINAN GURU MASA KINI

·         Penjana budaya sekolah
·         Kepimpinan pelbagai kebolehan
·         Kepimpinan pengajaran
·         Kepimpinan membuat keputusan
·         Kepimpinan mengurus bilik darjah
·          Kepimpinan pengupayaan
·          Kepimpinan kerja dalam bilik darjah
·          Memperkasa kecerdasan emosi
·         Mengamalkan komunikasi berkesan

GAYA KEMPIMPINAN

Gaya   kepimpinan   menurut   Thoha   (1995: 37)   pula   ditakrifkan sebagai perilaku atau cara yang dipilih & dipergunakan pemimpin dalam mempengaruhi fikiran, perasaan, sikap & perilaku orang bawahannya.   Beliau   juga   mengertikan   gaya   kepimpinan   sebagai   perilaku   pemimpin   dalam mempengaruhi   bawahannya   iaitu  kemampuan  pemimpin  untuk  menyatakan  sesuatu  hal dengan  gaya  kepimpinan  tertentu. Gaya kepimpinan terdiri daripada dua kriteria objektif iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan hubungan.

DEFINISI MURID

Murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah maupun dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada.
Abu Ahmadi(2003)  juga menuliskan tentang pengertian peserta didik, peserta didik adalah orang yang belum dewasa, yang memerlukan usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa, guna dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Tuhan, sebagai umat manusia, sebagai warga Negara, sebagai anggota masyarakat dan sebagai suatu pribadi atau individu.

No comments:

Post a Comment