Friday, December 7, 2018

Bab 1 : sosiologi dan pembelajaran


Bab ini mengutamakan sosiologi dan pembelajaran.  Contohnya, asas-asas sosiologi pendidikan dan pembelajaran serta fungsi-fungsi pembelajaran dan konflik dalam pembelajaran.  Bab ini juga berkenaan dengan interaksi dan pembelajaran.  Sebagai contoh. interaksi dalam pembelajaran, interaksi dalam pengurusan pembelajaran, bentuk-bentuk interaksi pembelajaran dan konsep-konsep sosiologi pembelajaran.  Dalam bab ini, pembelajaran akan menjelaskan asas-asas sosiologi dan kaitannya dengan sosiologi pendidikan dan pembelajaran dan mengaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah serta mengaitkan kursus dengan interaksi dalam pembelajaran dan perbincangan mengenai bentuk-bentuk interaksi dalam pembelajaran.

Sosiologi pendidikan merupakan kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut.  Masyarakat ialah sekumpulan manusia yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial.  Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial.  Pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat.  Oleh yang demikian, pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain.  Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan termasuklah sekolah perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi

Dalam aspek prinsip pembelajaran, latihan adalah amat penting kerana murid dapat mengaplikasi apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru.  Seterusnya, kondusif dapat menyesuaikan suasana pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani.  Bermatlamat kepada pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sistematik dari senang ke susah, dekat kepada jauh.

Sosial dan persekitaran telah mengajar murid sedia menerima orang lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, sedia terima pendapat,  Pengalaman sedia telah mendorong murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka

3 teori utama: Fungsionalisme, Konflik  dan Interaksionisme

Teori Fungsionalisme - Auguste Comte (1798-1857)
Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat dianggap seperti tubuh yang  mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu]. Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat

Teori Konflik - Karl Marx (1818-1883)
Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat. Berlaku konflik dalam struktur masyarakat Mengkritik kapitalisme, Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.

Teori Interaksionisme Simbolik - George Herbert Mead (1863-1931)
Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif, Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia,Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya, Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan  hubungan bertambah mesra, Makna adalah sesuatu yang dirundingkan, Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar dan Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk  kumpulan masyarakat.

No comments:

Post a Comment