Saturday, December 8, 2018

Bab 3 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR


PENGENALAN


Misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia agar generasi yang dilahirkan nanti mampu bersaing dengan persaingan yang sengit dalam era globalisasi pada masa kini. Namun begitu, bagi merealisasikan misi tersebut guru perlulah memainkan peranan utama sebagai pelaksana di peringkat sekolah tidak kira sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Dalam pelaksana di peringkat sekolah berkenaan aspek pengurusan bilik darjah merupakan salah satu elemen yang utama bagi melahirkan insan-insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta boleh bersaing dalam era globalisasi jika pengurusan bilik darjah dapat diurus dengan cemerlang dan sistematik dengan kerjasama guru dan murid berkenaan.
Oleh itu, guru-guru perlulah mempelbagaikan kemahiran pengajaran dalam menjalankan tugas harian mereka di sekolah. Mereka perlu menjadi seorang yang pakar dalam subjek yang diajar, dan juga mesti mempunyai kemahiran mengawal tingkah laku pelajar yang disruptif di bilik darjah agar proses pembelajaran dan pengajaran berlaku di bilik darjah.

MAKNA PENGURUSAN

Pengurusan boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur (sistematis) bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya (atau tabiinya) sudah dikenalpasti  (Ahmad Mahdzan, 2004). Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984). Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).

PENGURUSAN SEKOLAH

Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia.Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain. Tiga ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir:
  •                Sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia
  •                  Kumpulan sasaran manusia- kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial.
  •                Matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan. Pendidikan berkait dengan pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia.
  •              Manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara.

PENGURUSAN ORGANISASI

Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2001), pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk sesebuah sekolah organisasi yang dinamis- pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia.Namun,menurut Senge (2000), sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, masih konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa.

 DEFINISI PEMBELAJARAN

Pembelajaran adalah merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku yang berpotensi dalam sesuatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut.  Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan tingkah laku yang segera. Perubahan struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan skema, kepercayaan, jangkaan dan matlamat.  Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah laku.

Contohnya, seseorang murid akan mula menguasai kemahiran membaca setelah proses pembelajaran  berlaku secara berulang-ulang dan berterusan.  Penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu fakta akan mudah dikuasai apabila proses pembelajaran dibantu dengan pelbagai bahan bantu mengajar sebagai bahan rangsangan seperti gambar rajah, jadual, carta, gambar dan lain-lain alat bantu yang memudahkan murid-murid menghubungkaitkan maklumat.

Pembelajaran biasanya terjadi dalam situasi formal yang secara antara guru dan para pelajar dalam usahanya menyampaikan ilmu berdasarkan kurikulum dan tujuan yang hendak dicapai. Melalui pembelajaran, pelajar dapat melakukan proses belajar sesuai dengan rancangan pengajaran yang telah ditetapkan. Seorang guru haruslah mengadakan perancangan awal untuk menyesuaikan isi pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan kebolehan pelajar. Maka konsep belajar dan pembelajaran merupakan dua kegiatan yang berproses dalam suatu sistem.

Setelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya. Langkah ini adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam aspek pemilihan strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dan sumber pengajaran, tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi antara guru dan pelajar.

Kesimpulannya, komitmen guru yang tinggi dan ditambah pula dengan kemahiran perguruan akan mewujudkan suasana pembelajaran yang sentiasa bersemangat. Penyelidikan yang dijalankan pula akan menghasilkan idea-idea baru untuk menjadikan sesi pengajaran pembelajaran lebih menarik minat pelajar.

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012)
            Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini penting kerana ia berperanan besar dalam memningkarkan prestasi pelajar. Salah satu rasional peningkatan prestasi pelajar adalah perancangan pengajaran dan pembelajaran yang tersusun di peringkat pengurusan dan pembelajaran. Selain itu, pengurusan dan pembelajaran juga berfungsi dalam menentukan penyampaian ilmu iaitu berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Dokumen Standard Sekolah Rendah bagi sistem KSSR (Md Din Hussein, komunikasi peribadi, 7 Januari 2013). pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini juga penting untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran.  Manakala, pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini juga dapat meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan.

            Pengurusan pengajaran dan pembelajaran juga bertanggungjawab dalam menentukan objektif atau hasil pembelajaran. Secara amnya, objeltif penagajaran dan pembelajaran boleh dianggap sebagai hasil perlakuan pelajar setelah mereka didedahkan kepada suatu proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran ini perlulah merangkumi beberapa aspek yang merujuk kepada sesuatu kurikulum, sebagai contoh Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pembahagian objektif pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan domian kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Manakala jenis-jenis objektif pula terdiri daripada objektif implisit, objektif eksplisit dan objektif ekspresif

Kesimpulannya, Untuk Pengurusan pengajaran dan pembelajaran ini, ianya melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar dapat memperbaiki segala kelemahan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek. Seterusnya, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling selian sistematik dalam merancang dan menilai dan juga  penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang. Selain itu, mengurus masa dengan baik dan  mempunyai kemahiran abad ke 21.

No comments:

Post a Comment