Saturday, December 8, 2018

BAB 5: PENGURUSAN MURID



Definisi Pengurusan

Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

Definisi Murid

Murid atau peserta didik adalah orang yang mempunyai potensi asas, yang perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik secara fizikal mahupun mental, baik pendidikan itu di lingkungan keluarga, sekolah maupun dilingkungan masyarakat di mana kanak-kanak tersebut berada.
Abu Ahmadi(2003)  juga menuliskan tentang pengertian peserta didik, peserta didik adalah orang yang belum dewasa, yang memerlukan usaha, bantuan, bimbingan orang lain untuk menjadi dewasa, guna dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Tuhan, sebagai umat manusia, sebagai warga Negara, sebagai anggota masyarakat dan sebagai suatu pribadi atau individu.

Pengurusan Murid

Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.

  Bab ini akan mengatakan tentang mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid.  Babi ni juga akan memahami pengurusan rekod murid, pengendalian rekod murid serta mengetahui jenis dan faktor kesediaan belajar dan cara untuk memotivasikan murid.
Menurut Jaafar Muhammad (1988), pengurusan merupakan satu proses pengagihan input-input dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarakan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output yang diperlukan oleh pelanggan supaya organisasi tercapai.  Peter F. Drucker menyatakan pengurusan sebagai proses sosial yang dibentuk untuk memberi  kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan org lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan bagi objektif utama.
Antara jenis rekod murid mengandungi rekod murid menyediakan maklumat lengkap dan mengenai kemajuan murid dalam segala aspek perkembangan potensi seperti Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani.  Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kelebihan anak mereka.  Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.  Tambahan pula, jenis rekod murid yang terdapat ialah antara jenis rekod murid yang digunakan oleh pihak sekolah untuk mengurus murid iaitu, rekod pendaftaran, rekod kedatangan, rekod prestasi, rekod profil, rekod kutipan yuran serta rekod himpunan 001 dan 002.

Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.  Dalam strategi ini, guru hendaklah memastikan murid-murid belajar sesuatu dan membina pengetahuan mereka sendiri melalui aktiviti yang dilakukan.  Selain itu, strategi ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir, menambahkan keyakinan diri, menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat, menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama dalam kalangan murid (Shahabuddin, 2007).

Kesediaan murid belajar boleh didefinisikan sebagai keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru.  Menurut Brunner (1966) pula menyatakan bahawa kesediaan murid belajar adalah berkaitan apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangannya.

Antara kesediaan adalah seperti berikut.  Kesediaan Kognitif.  Seseorang pelajar mempunyai kesediaan kognitif untuk mempelajari sesuatu yang baru apabila seseorang pelajar sanggup dan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran dan menerima faedahnya.  Dengan erti kata yang lain, pencapaian ilmiahnya adalah sepadan dengan usaha dan latihan yang diperlukannya.  Kesediaan Afektif.  Kesediaan afektif merujuk kepada sikap kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Kesediaan afektif juga dapat dikaitkan dengan motivasi intrinsik.  Kesediaan Psikomotor.  Psikomotor merujuk kepada tindakan fizikal.  Kesediaan psikomotor pula bermaksud seseorang yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal yang melibatkan otot, tulang anggota, dan pengawalan serta penyelarasan pengerakkan badan.  Seseorang yang mempunyai kesediaan psikomotor telah bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses pembelajaran yang baru.  Kesediaan psikomotor adalah tinggi apabila tubuh badan mencapai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan.

Pendek kata, Pengurusan murid memerlukan jenis rekod untuk menanda kedatangan, mengenalpasti masalah dan sebagainya.  Seterusnya guru perlulah mengambil berat akan persedian murud untuk belajar dari segi kognitif, psikomotor dan afektif.  Di samping itu juga, guru haruslah memberi motivasi insrinsik dan motivasi ekstrinsik kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi pelajaran mereka.  Akhirnya guru haruslah menggunakan teknik yang betul untuk proses pengajaran dan pelajaran (PdP) murid iaitu menggunakan teknik behavioris, teknik kognitif dan teknik humanis.
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.

No comments:

Post a Comment