Alam
belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut pandangan yang berbeza. Mereka
yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam belajar dari sudut
susun atur fizikal bilik darjah. Bagi mereka yang melihat kepentingan hubungan
dalam pembelajaran akan mentafsirkan alam belajar berdasarkan hubungan
guru-murid dan sesama murid. alam belajar seseorang mempengaruhi perkembangan dan
pembelajaran individu secara optimum. kecenderungan dan minat individu serta
sokongan yang diterima turut membantu dalam pembelajaran seseorang.
Definisi
alam belajar ialah suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang
minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke
arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.
Alam
belajar dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu :-
- Aspek Fizikal
- Aspek Psikososial
- Aspek Komuniti Pembelajaran
- Aspek Komuniti Pembelajaran
Manusia
bergantung kepada individu lain untuk terus hidup dan berkembang dengan
sempurna. ini kerana manusia ialah insan sosial yang tidak dapat hidup
bersendirian. Begitu juga dalam proses pembelajaran, manusia bergantung dengan
individu lain. COntohnya, pembelajaran paling asas dan semula jadi bagi setiap
manusia adalah melalui proses peniruan. COntoh ini dapat dibuktikan semasa kita
masih bayi. Bayi meniru segala perbuatan, percakapan melalui persekitrannya.
Lantaran itu, komuniti pembelajaran yang paling sesuai perlu ada bagi
memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku.
Komuniti
pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi,
bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi
sama serta saling membantu dalam proses belajar. Pengalaman belajar dalam
bentuk kokmuniti pembelajaran merupakan satu pengalaman pembelajaran yang
bermakna, wajar dan semula jadi. Komuniti pembelajaran membina kesedaran
bekerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya.
Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semula jadi
manusia belajar dan sesuai juga dengan keadaan sebenar dunia. komuniti
pembelajaran juga boleh dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari
secara hubungkait atau bersepadu, bukannya secara terpisah.
Sekolah
atau bilik darjah sebagai satu komuniti pembelajaran boleh disamakan dengan
satu keluarga yang rapat, satu bentuk kejiranan yang sepakat atau satu kumpulan
yang jelekit dalam aspek hubungan sesama ahli, semangat kekitaan, saling
menghormati, saling membantu serta menyokong. Komuniti pembelajaran merupakan
sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif
belajar bersama-sama serta saling belajar daripada individu lain.
Menurut
McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut
:-
-
Keahlian
-
Pengaruh
-
Memenuhi keperluan individu
-
Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan
Justeru
itu, ahli komuniti pembelajaran perlu ada perasaan patuh kepada kumpulan,
bergerak bersama, membantu rakan dalam kumpulan, memberikan peluang kepada ahli
kumpulan meluahkan pendapat serta berfikir secara aktif, bukannya reaktif.
Komuniti pembelajaran membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan,
berkongsi idea, saling bantu membantu dan mengajar. lantaran itu, ahli komuniti
pembelajaran dalam satu bilik darjah dapat bergerak dalam kumpulan yang mantap.
Belajar dalam komuniti pembelajaran boleh membantu ke arah perkembangan yang
positif kelak. Persaingan yang sihat dapat dipupuk melalui amalan komuniti
pembelajaran yang sihat. sudah menjadi tugas guru sebagai pemimpin dalam
kelasnya untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang sanggup bersaing tanpa
menindas rakan yang lain.
Pengalaman
pembelajaran kanak-kanak bukan sahaja berlaku di dalam sekolah, malah
persekitaran luar sekolah. oleh itu, masyarakat memainkan peranan penting dan
berusaha untuk bekerjasama dengan guru dalam mebentuk peribadi murid-murid. Ini
selaras dengan teori "Ekologi Bronfenbrenner" yang mengemukakan lima
sistem sosial iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan
kronosistem yang mempengaruhi perkembangan personaliti individu.
Setiap
pengalaman murid di dalam kelas, bagaimana perasaan murid bersama-sama rakan
semeja atau sekumupulan ialah persekitaran yang membentuk alam belajar murid
berkenaan. Alam belajar ini merangkumi persekitaran yang lebih luas, iaitu
sekolah, keluarga dan komuniti mempengaruhi pembelajaran murid. lantaran itu,
wajarlah guru membina hubungan yang erat antara sekolah dengan keluarga serta
komuniti setempat dan masyarakat yang lebih luas.
Aspek
Psikososial
Aspek
Psikologi dan hubungan sosial kanak-kanak juga besar pengaruhnya ke atas
pembelajaran kanak-kanak. Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang mesra dan
penuh kasih sayang, mendapat perhatian dan layanan yang baik akan berkembang
dengan lebih positif. Perasaan selamat, diterima, dihargai dan seumpanya
menjadikan individu berkeupayaan belajar dengan berkesan. Persekitaran sekolah
dan bilik darjah yang mengutamakan hubungan, layanan, pemenuhan keperluan dan
perkongsian dalam pelbagai aspek akan membentuk persekitaran pembelajaran
merangsangkan.
Persekitaran
bilik darjah dalam aspek Psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah.
Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru
dengan murid, semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka,
penerimaan, penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan peranan yang amat
penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan
keupayaan guru untuk menguruskan hbungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin
bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan
bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan persekitaran
psikososial yang membantu pembelajaran.
Menurut
Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu
dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri,
berlajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya
mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Persekitaran pembelajaran aspek
psikososial memenuhi keperluan kanak-kanak selaras dengan Hierarki Keperluan
Maslow.
Aspek
Fizikal
Persekitaran
pembelajaran amat mempengaruhi persekitaran pembelajaran kanak-kanak secara
langsung. Persekitaran lah yang membantu membentuk pelbagai jenis peribadi
kanak-kanak. Prasarana tempat tinggal, persekitaran rumah, kemudahan dan
kelengkapan yang tersedia di sekeliling kanak-kanak menjadikan mereka untuk berkembang
secara positif atau sebaliknya. Kanak-kanak belajar untuk berkawan, berfikir,
membentuk peraturan, mematuhi peraturan dan berkongsi alatan melalui
persekitran fizikal yang dihadapinya.Kanak-kanak yang terdedah kepada
persekitaran fizikal yang teratur, selamat, lengkap alatan dan sesuai
berkembang dengan lebih baik. Latar belakang pembelajaran kanak-kanak yang
memasuki persekolah adalah berbeza. Oleh itu, minat dan kecenderungan mereka
terhadap pembelajaran juga berbeza.
Persekitaran
fizikal bilik darjah dan sekolah boleh dirujuk kepada lokasi sekolah, kemudahan
dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah, bahan bantu belajar, susun atur
meja kerusi, paparan termasuk pengudaraan, kedudukan bilik darjah dan yang
seumpanya.
Bilik
darjah yang terletak dekat dengan bilik guru akan memberi pengaruh yang berbeza
berbanding bilik darjah yang tersorok kedudukannya. Susun atur meja dan kerusi
dalam bilik darjah juga akam memberi pengaruh yang berbeza. Jadi, persekitaran
fizikal yang terancang dan selamat memberikan perngaruh yang optimum kepada
pembelajaran kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment