PENGURUSAN
SUMBER
Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat
penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat.Selain itu, Pengurusan sumber
yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif
dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini
termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan
sebagainya.OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam
memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk
mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa
yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.
Definisi
Pengurusan Sumber
Pengurusan
Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber
yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.Dessler (1997),
telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber
manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini
lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus
dan mentadbir sumber manusia.
Pengurusan
Pengurusan
ialah melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan
usaha-usaha ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara
cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
Proses perancangan - sesebuah organisasi seperti
institusi pendidikan merujuk kepada tujuan dan objektif yang telah dikenalpasti
di awal perancangan sesuatu program.
Penyusunan
- melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi.
Pengarahan
- dilaksanakan untuk memastikan semua aktiviti organisasi berjalan dengan
teratur, lancar serta dalam suasana harmoni.
Pengawalan
- membabit beberapa perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam
penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil kira.
Sumber
- Sumber merupakan bahan-bahan yang digunakan manusia yang terdapat disekeliling kita. Sumber juga merupakan satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi kepada 3 iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.
· Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang
memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan
sedia ada terhadap sesuatu perkara yang merupakan asas kepada sumber sekunder
atau tertier. contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding.
· Sumber
sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melelui
perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang
diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari.
· Sumber
tertier dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima
umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data,
ulasan artikel dan juga laman web.
Kepentingan
Sumber
1.
Media komunikasi
·
Komunikasi
melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat
·
Disalurkan
melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video
·
Guru sebagai pengirim dan murid sebagai
penerima
2.
Sebagai ransangan
·
Murid
lebih minat belajar
·
Bahan
sebagai ransangan utama murid
·
Memahami
sesuatu dengan lebih mendalam
·
Tumpuan murid lebih kepada perkara-perkara
yang menarik bermaknsa dan penting
3.
Penjelasan makna dan konsep
·
Dapat
menjelaskan makna dan konsep menggunakan sumber
·
Boleh diguna diluar dan di dalam bilik darjah
·
Seperti siaran langsung atau rakaman-rakaman
peristiwa sebenar spt radio dan televisyen
·
Mengembangkan
corak pemikiran murid
4.
Penggerak penggunaan pelbagai media
·
Melibatkan
pelbagai deria iaitu deria rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau
·
Guru perlu menggunakan pelbagai sumber dan
bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan
·
Deria lebih banyak digunakan dalam aktiviti
pembelajaran
5.
Sumber pengalaman
·
Memberi
pengalaman langsung dan tidak langsung
·
Pengalaman
memberi kesan mendalam terhadap proses pembelajaran murid.
·
Lebih banyak belajar melalui pengalaman
sendiri berbanding maklumat yg diperoleh
·
Untuk memastikan apa yg diajar kekal lama
dalam ingatan murid
JENIS-JENIS
SUMBER YANG DIFOKUSKAN
Pusat
Sumber Pertama:
Perpustakaan
Konsep
Pusat Sumber
·
Pusat
sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan sumber
– sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar.
·
Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk
mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam
bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital.
·
Pusat
sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan
bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras
dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Objektikfpusat
sumber
1.
Mengumpul, menyusun, menyimpan dan mengedarkan pelbagai ilmu dan sumber .
2.
Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar
mereka.
3.
Melatih para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat
rujukan, dan menggunakan peralatan.
4.
Memberi pelbagai jenis kemudahan kepada guru dan pelajar untuk menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5.
Menyebar maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan
FUNGSI
PUSAT SUMBER
·
Menyediakan
dan mempromosi bahan bacaan dan sumber yang berkualiti
·
Berperanan sebagai tempat untuk
memperkembangkan kurikulum dan kokurikulum institusi pendidikan.
·
Sebagai
pusat interaksi di antara guru dan pelajar – pelajarnya.
·
Sebagai
tempat penerangan, penyebaran maklumat serta sumber dan tempat untuk
memperolehi alat dan bahan pelajaran dan pengajaran.
·
Menganjurkan
aktiviti galakkan membaca, pameran, pertandingan akademik dan sebagainya.
Pusat
Sumber Kedua:
Makmal
Sain
Definisi
: Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untu
pengajaran pembelajaran amali sains
Dibina
dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen sains di bawah keadaan
yang terkawal
Melalui
aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal sains, pelajar
dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran sains dengan lebih berkesan
Kepentingan
Makmal Sains
♥
Memastikan p&p mata pelajaran sains lebih efektif kerana sesuatu konsep itu
akan lebih mudah difahami dengan ‘membuat’ bukan setakat mendengar
♥
Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains serta
kemahiran manipulatif
♥
Membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan berkesan, dengan
menyediakan tempat yang sesuai
♥
Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan
membentuk serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
♥
Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan
pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan
ASPEK
UTAMA DALAM PENGURUSAN MAKMAL SAINS
♥
Keceriaan makmal sains
♥
Penggunaan dan penyimpanan peralatan dan bahan
♥
Keselamatan makmal sains
TINDAKAN
GURU SAINS SEMASA KEMALANGAN BERLAKU DALAM MAKMAL SAINS
♥
Mengenalpasti jenis kemalangan yang berlaku
♥
Jika di luar kemampuan diri dalam menyelamat mangsa, eloklah meminta orang lain
yang berpengalaman
♥
Jika kecederaan teruk, minta ketua darjah laporkan kepada pihak pentadbir
sekolah
♥
Bagi kemalangan besar, hubungi ambulans dan bantuan doktor perubatan dengan
segera
♥
Memberitahu ibu bapa pelajar yang berkenaan
♥
Guru harus merekod dan melaporkannya kepada pihak pentadbir sekolah
Pusat
Sumber Ketiga:
Makmal
Komputer
1.
Makmal komputer merupakan salah sebuah tempat di mana di dalamnya mempunyai
beberapa buah komputer untuk kegunaan pelajar.
2.
Makmal komputer juga disediakan untuk pelajar-pelajar zaman sekarang ini
mengenal tentang peralatan komputer serta kegunaannya.
3.
Didalam makmal komputer tersebut pula terdapat rangkaian lain untuk
pelajar-pelajar melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.
Garis
Panduan Pengurusan Makmal Komputer
1.
Pengurusan Makmal Komputer
-
Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi
perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan
perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal
komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan
diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.
2.
Peraturan Makmal Komputer
- Pengguna
tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa
ketiadaan guru.
-
Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun
rapi dan kemas.
-
Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal
komputer.
-
Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
-
Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
3.
Senarai Keselamatan Pengguna
-
Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem diletak di tempat yang
sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti
-
Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna
dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
-
Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang
selamat dan jauh daripada laluan pengguna.
-
Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan
keselamatan mata pengguna.
-
Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari
mata.
-
Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat
kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
4.
Aspek Keselamatan Perkakasan
-
Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal tanpa kebenaran.
-
Jika terdengar bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti
komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang
bersambung ke komputer itu.
-
Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang
rosak untuk tindakan seterusnya.
No comments:
Post a Comment