Wednesday, May 8, 2019

VIDEO DAKWAH

BADI'AH BINTI ABDUL HALIM
D20172080785
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN



Sunday, December 9, 2018

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN



Alam belajar membawa maksud yang pelbagai mengikut pandangan yang berbeza. Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam belajar dari sudut susun atur fizikal bilik darjah. Bagi mereka yang melihat kepentingan hubungan dalam pembelajaran akan mentafsirkan alam belajar berdasarkan hubungan guru-murid dan sesama murid. alam belajar seseorang mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran individu secara optimum. kecenderungan dan minat individu serta sokongan yang diterima turut membantu dalam pembelajaran seseorang.

Definisi alam belajar ialah suatu keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah yang positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

Alam belajar dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu :-

  • Aspek Fizikal
  • Aspek Psikososial
  • Aspek Komuniti Pembelajaran
  • Aspek Komuniti Pembelajaran


Manusia bergantung kepada individu lain untuk terus hidup dan berkembang dengan sempurna. ini kerana manusia ialah insan sosial yang tidak dapat hidup bersendirian. Begitu juga dalam proses pembelajaran, manusia bergantung dengan individu lain. COntohnya, pembelajaran paling asas dan semula jadi bagi setiap manusia adalah melalui proses peniruan. COntoh ini dapat dibuktikan semasa kita masih bayi. Bayi meniru segala perbuatan, percakapan melalui persekitrannya. Lantaran itu, komuniti pembelajaran yang paling sesuai perlu ada bagi memastikan pembelajaran berkesan dapat berlaku.

Komuniti pembelajaran boleh diertikan sebagai kumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif, dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar. Pengalaman belajar dalam bentuk kokmuniti pembelajaran merupakan satu pengalaman pembelajaran yang bermakna, wajar dan semula jadi. Komuniti pembelajaran membina kesedaran bekerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya. Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semula jadi manusia belajar dan sesuai juga dengan keadaan sebenar dunia. komuniti pembelajaran juga boleh dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubungkait atau bersepadu, bukannya secara terpisah.

Sekolah atau bilik darjah sebagai satu komuniti pembelajaran boleh disamakan dengan satu keluarga yang rapat, satu bentuk kejiranan yang sepakat atau satu kumpulan yang jelekit dalam aspek hubungan sesama ahli, semangat kekitaan, saling menghormati, saling membantu serta menyokong. Komuniti pembelajaran merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara aktif belajar bersama-sama serta saling belajar daripada individu lain.

Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut :-
- Keahlian
- Pengaruh
- Memenuhi keperluan individu
- Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan

Justeru itu, ahli komuniti pembelajaran perlu ada perasaan patuh kepada kumpulan, bergerak bersama, membantu rakan dalam kumpulan, memberikan peluang kepada ahli kumpulan meluahkan pendapat serta berfikir secara aktif, bukannya reaktif. Komuniti pembelajaran membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan, berkongsi idea, saling bantu membantu dan mengajar. lantaran itu, ahli komuniti pembelajaran dalam satu bilik darjah dapat bergerak dalam kumpulan yang mantap. Belajar dalam komuniti pembelajaran boleh membantu ke arah perkembangan yang positif kelak. Persaingan yang sihat dapat dipupuk melalui amalan komuniti pembelajaran yang sihat. sudah menjadi tugas guru sebagai pemimpin dalam kelasnya untuk mewujudkan komuniti pembelajaran yang sanggup bersaing tanpa menindas rakan yang lain.

Pengalaman pembelajaran kanak-kanak bukan sahaja berlaku di dalam sekolah, malah persekitaran luar sekolah. oleh itu, masyarakat memainkan peranan penting dan berusaha untuk bekerjasama dengan guru dalam mebentuk peribadi murid-murid. Ini selaras dengan teori "Ekologi Bronfenbrenner" yang mengemukakan lima sistem sosial iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem yang mempengaruhi perkembangan personaliti individu.

Setiap pengalaman murid di dalam kelas, bagaimana perasaan murid bersama-sama rakan semeja atau sekumupulan ialah persekitaran yang membentuk alam belajar murid berkenaan. Alam belajar ini merangkumi persekitaran yang lebih luas, iaitu sekolah, keluarga dan komuniti mempengaruhi pembelajaran murid. lantaran itu, wajarlah guru membina hubungan yang erat antara sekolah dengan keluarga serta komuniti setempat dan masyarakat yang lebih luas.

Aspek Psikososial

Aspek Psikologi dan hubungan sosial kanak-kanak juga besar pengaruhnya ke atas pembelajaran kanak-kanak. Anak-anak yang membesar dalam keluarga yang mesra dan penuh kasih sayang, mendapat perhatian dan layanan yang baik akan berkembang dengan lebih positif. Perasaan selamat, diterima, dihargai dan seumpanya menjadikan individu berkeupayaan belajar dengan berkesan. Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang mengutamakan hubungan, layanan, pemenuhan keperluan dan perkongsian dalam pelbagai aspek akan membentuk persekitaran pembelajaran merangsangkan.

Persekitaran bilik darjah dalam aspek Psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah. Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru dengan murid, semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan, penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan keupayaan guru untuk menguruskan hbungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang membantu pembelajaran.

Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, berlajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Persekitaran pembelajaran aspek psikososial memenuhi keperluan kanak-kanak selaras dengan Hierarki Keperluan Maslow.

Aspek Fizikal

Persekitaran pembelajaran amat mempengaruhi persekitaran pembelajaran kanak-kanak secara langsung. Persekitaran lah yang membantu membentuk pelbagai jenis peribadi kanak-kanak. Prasarana tempat tinggal, persekitaran rumah, kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di sekeliling kanak-kanak menjadikan mereka untuk berkembang secara positif atau sebaliknya. Kanak-kanak belajar untuk berkawan, berfikir, membentuk peraturan, mematuhi peraturan dan berkongsi alatan melalui persekitran fizikal yang dihadapinya.Kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran fizikal yang teratur, selamat, lengkap alatan dan sesuai berkembang dengan lebih baik. Latar belakang pembelajaran kanak-kanak yang memasuki persekolah adalah berbeza. Oleh itu, minat dan kecenderungan mereka terhadap pembelajaran juga berbeza.

Persekitaran fizikal bilik darjah dan sekolah boleh dirujuk kepada lokasi sekolah, kemudahan dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah, bahan bantu belajar, susun atur meja kerusi, paparan termasuk pengudaraan, kedudukan bilik darjah dan yang seumpanya.

Bilik darjah yang terletak dekat dengan bilik guru akan memberi pengaruh yang berbeza berbanding bilik darjah yang tersorok kedudukannya. Susun atur meja dan kerusi dalam bilik darjah juga akam memberi pengaruh yang berbeza. Jadi, persekitaran fizikal yang terancang dan selamat memberikan perngaruh yang optimum kepada pembelajaran kanak-kanak.

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN



Hubungan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Masyarakat

Hubungan Tiga Dimensi:

Sekolah – Ibu Bapa – Masyarakat Dalam Mencapai Matlamat Sekolah

Perkongsian Pintar

Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat:
      mencapai matlamat atau objektif yang  sama
      perlu ada hubungan yang mantap dan  akrab
      gabungan strategik yang membawa faedah  sinergi kepada semua pihak yang terlibat

 Matlamat Perkongsian

·         Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian.
·        Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham.)
·   Memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya.

Hubungan Sekolah & Ibu Bapa (PIBG)

         Ibu bapa hendaklah menjadi role model  kepada anak.
         Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa.
         Tindakan PIBG membela nasib guru: (bersemangat dan selesa ketika bertugas)
         Hubungan yang mesra ini mampu  melenyapkan prasangka antara ibu bapa  dengan guru.
       Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi  mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi.
         Kepakaran dan pengalaman anggota   masyarakat amatlah dialu-alukan.
      Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar  minda, menarik minat dan memberikan  motivasi yang tinggi kepada pelajar.
    Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah.
       Peranan dan tanggungjawab PIBG di  sesebuah sekolah memberi kesan kepada  kemajuan dan pencapaian sekolah.
         Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang.
         Pengurusan PIBG harus cekap dan  berkesan.
   Sebarang perbezaan dari segi pandangan  dan pendapat dalam kalangan kita bukanlah penghalang. 
       Menambahkan dana persatuan dengan  inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan.
        Satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan  sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG. 

Kesimpulannya, ibu bapa juga adalah peranan yang penting dalam persekitaran sekolah kerana pihak sekolah harus bekerjasama dengan pihak PIBG untuk membangunkan sekolah.

BAB 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah.Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah.Kemampuan sekolah seharusnya memainkan peranan yg lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.

Peter F Drucker, pengurusan boleh ditakrifkan sebagai proses sosial yg dibentuk utk memberikan kerjasama, penglibatan, campurtangan, & penyertaan org lain ke arah pencapaian yg lebih berkesan. Jaafar Muhamad mendefinisikan pengurusan sbg proses mengagihkan input2 organisasi spy objektif organisasi tercapai.

Falsafah &  fungsi pengurusan murid di sekolah

Pengurusan Murid atau personaliti pelajar dalam konteks negara pada asasnya mestilah bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). Dengan kata lain, pengurusan murid yang dikendalikan dalam semua institusi pendidikan termasuklah di sekolah hendaklah dilaksanakan berpandukan falsafah, dasar, aspirasi dan sistem pendidikan di negara ini. Berdasarkan pegangan falsafah ini, maka segala urusan berkaitan perkhidmatan dan pengurusan murid bukan sahaja bertepatan dengan matlamat sekolah, tetapi juga matlamat negara.

KONSEP PENDIDIKAN KHAS

      Pendidikan khas:
§  Program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas, iaitu individu yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya atau yang pintar cerdas (gifted)

JENIS KECACATAN
·         Cacat Penglihatan
·         Cacat Pendengaran
·         Cacat Anggota (Lumpuh)
·         Cacat Pertuturan
·         Sindrom Down
·         Spastik
·         Terencat Akal
·         Spina Bifida
·         Autisme
·         Pintar Cerdas

Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Objektif

Ø  Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas
Ø  Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
Ø  Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
Ø  Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
Ø  Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.

Secara rumusnya, para murid yang mempunyai pelbagai upaya dalam pembelajaran mereka perlulah diajar pada kelajuan yang sesuai.  Standard prestasi yang realistik dan memberi peluang yang sesuai mengikut bakat mereka untuk mencapai potensi secara positif.  Kepimpinan sekolah sepatutnya memainkan peranan yang lebih penting daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan untuk memastikan murid sederhana turut mencapai prestasi yang baik dalam akademik dan kokurikulum.

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA



Bab ini tentang kepelbagaian budaya murid.  Sebagai contoh, pengurusan merentas budaya dan isu kepelbagaian budaya murid.  Bab ini juga dapat mengetahui, memahami dan mengenalpasti gaya pembelajaran, pengurusan merentas budaya dan isu-isu budaya di sekolah.

Menurut kamus dewan, perkataan “Pengurusan” didefinisikan sebagai pengajaran dan pengawalan pengelolaan, penyelenggaran.  Menurut Pasudi Suparlan pula, budaya adalah sebagai keseluruhan pengetahuan manusia sebagai makhluk sosial yang digunakannya untuk memahami dan menginterpretasikan lingkungan dan pengalamannya, serta menjadi landasan bagi tingkah lakunya. 

Secara umumnya, perkataan “Budaya”, yang berasal daripada bahasa Sanskerta iaitu “buddhayah”, merujukan bentuk jamak atau buddhi (budi atau akal) yang diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.  Sehubungan dengan itu, kerja kursus ini menitikberatkan dalam mengkaji budi dan akal pelajar di sekolah.
Perbezaan Individu dan Proses Pembelajaran

Perbezaan Individu
         Dari segi hakikat kejadian, manusia memang berbeza antara satu sama lain. Para pendidik tidak menafikan hakikat ini kerana telah termaktub dalam FPN.
         Namun terdapat sebilangan guru yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan, kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Hakikatnya pelajar adalah sama sekali berbeza dari segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar.
         Keadaan ini memerlukan kaedah dan teknik pengajaran yang berbeza. Sebahagian pelajar memerlukan bimbingan secara terus  oleh guru namun terdapat sebilangan pelajar pula mampu belajar secara berkesan dengan penglibatan guru yang minimum.

Proses Pembelajaran
         Kemajuan ilmu dalam teori dan penyelidikan telah membuka ruang untuk para penyelidik untuk menyemak semula rangka konseptual dan fahaman kita terhadap jenis maklumat mengenai pelajar dan pembelajaran secara individu dan cara pengajaran dapat disesuaikan.
         Bloom (1976) merumuskan bahawa perbezaan dalam ciri2 peribadi dan pembelajaran boleh diubah. Beberapa pembolehubah penting seperti ciri2 keluarga, jangkaan ibu bapa dan penglibatan mereka (walberg, 1984) kognisi dan proses2 pembelajaran (Chipman et. al… 1985) dan motivasi pelajar serta peranan yang dimainkan sendiri oleh pelajar  tidak lagi dikira sebagai sebagai pembolehubah yang statik.
         Perkembangan ini memaksa pendidik menyemak semula dan mengubah cara serta bagaimana untuk menilai hasil pendidikan. Penilaian berasaskan jumlah ilmu yang dikuasai melalui sistem peperiksaan perlu diubah kepada satu cara lain bagi mengukur ilmu yang dikuasai pelajar secara individu.
         Jika prinsip bahawa ciri2 pelajar boleh diubah dapat diterima, maka langkah pengubahsuaian perlu dicari bukan sahaja proses2 psikologi dan operasi kognitif yang digunakan oleh pelajar sebagai individu (Feuertein et, al… 1985; Palinscar & Brown. 1984).

PENDEKATAN KURIKULUM

·         Bertujuan untuk memahami 
   masalah/kesukaran  yang dialami oleh pelajar dalam proses persekolahan mereka.
·         Mampu menyediakan skop sokongan kepada
   lebih ramai pelajar termasuk pelajar yang diasingkan daripada sekolah dan kelas biasa
Kepelbagaian Pelajar dan Peranan Sekolah
  Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa sekolah memikul tanggungjawab memastikan sama ada struktur program mereka responsif terhadap kepelbagaian pelajar atau tidak.
    Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa.
   Pendidikan inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu. Manakala istilah lain pula mendefinisikan pendidikan inklusif sebagai satu falsafah sekolah.
         Sikap pengurusan sekolah amat penting terhadap pembentukan dasar dan amalan di peringkat sekolah.
       Dalam konteks pendidikan inklusif, beberapa perubahan perlu dilakukan terutamanya peranan sekolah khas iaitu:
1. Membuka peluang kepada pelajar yang mengalami kecacatan teruk dan pelbagai.
2. Berperanan sebagai pusat rujukan dan perundingan serta bekerjasama dengan sekolah biasa untuk menjayakan pendidikan inklusif.
3. Menjalankan kursus pengembangan staf atau kursus-kursus dalam perkhidmatan guru biasa.

Oleh itu, peranan guru biasa dalam konteks inklusif memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain di sekolah dan guru-guru khas.Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan. Selain itu, Guru perlu menukar cara bekerja sendirian kepada cara kolaboratif iaitu cara berkumpulan dan sentiasa bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.

Tujuan dan Strategi Pembezaan

Tujuan pembezaan adalah untuk menggalakkan kejayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar dengan cara membolehkan pelajar daripada latar belakang dan kebolehan yang berbeza untuk membuktikan apa yang mereka tahu, faham, dan apa yang boleh mereka lakukan.Proses ini juga membuka peluang kepada pelajar untuk diberi tugas-tugas yang sesuai dan relevan dengan kebolehan mereka.

Terdapat beberapa jenis pembezaan yang boleh digunakan oleh guru untuk mengubahsuai pengajaran mengikut keperluan pelajar dan kurikulum.

1. Isi Kandungan : Pembezaan kaedah mengajar melibatkan perbezaan isi kandungan.

2. Minat : Pembezaan pengajaran isi kandungan boleh dilakukan untuk mencerminkan minat pelajar.

3. Kadar: Pembezaan kadar belajar merupakan jenis pembezaan yang paling kerap digunakan oleh guru

4. Tahap: Pembezaan kadar belajar diikuti oleh pembezaan dari segi tahap.

5. Akses: Pembezaan dari segi akses melibatkan guru menyediakan aktiviti yang sama bagi semua pelajar, tetapi cara pembentangan aktiviti diubahsuaikan bagi pelajar tertentu berdasarkan keperluan mereka

6. Respon: Pembezaan akses memberi peluang kepada pembezaan respon pelajar.

7. Urutan: Pembezaan urutan kandungan kurikulum membolehkan pelajar memilih untuk menumpu kepada topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran sesuatu subjek
.
8. Struktur: Pembezaan struktur berlaku apabila pengajaran dirancang sedemikian rupa di mana sesetengah pelajar belajar isi kandungan secara menyeluruh (‘chunks’) manakala yang lain belajar secara langkah demi langkah.

9. Masa guru: Masa dan perhatian guru untuk pelajar-pelajar tertentu berlaku secara tidak terancang kerana guru tidak merancang untuk membahagikan masa mereka secara purata.

10.Stail pengajaran: Pembezaan stail pelajaran adalah perlu supaya guru dan pelajar tidak menjadi bosan

11.Pengumpulan: Guru mengamalkan pengumpulan sebagai satu kaedah pembezaan. Pengumpulan pelbagai dan imaginatif membolehkan guru menyediakan tugas-tugas yang spesifik dan bahan-bahan yang sesuai dengan objektif dan hasil pembelajaran yang dijangkakan.

Implikasi dan Cabaran

         Proses pendidikan adalah  satu proses evolusi yang mengalami perubahan secara berterusan. Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru dan juga pegawai2 pendidikan di kementerian.Bagi menghadapi perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan berkualiti, pendidikan dan perkembangan guru boleh berlaku dalam tiga kaedah
1. Melalui program perguruan asas/pra perkhidmatan
 - sukatan pelajaran pendidikan guru di maktab dan universiti perlu disemak semula  untuk menekankan komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah; struktur dan  organisasi sekolah yang mendokong falsafah inklusif dan keterampilan guru untuk berfungsi dalam bentuk mod kolaboratif.

2. Melalui kursus dan perkhidmatan
  - Kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan untuk membantu para guru menangani perubahan secara berkesan. Isi kandungan kursus perlu diasaskan kepada kumpulan sasaran serta aspek2 perubahan, penguasaan kemahiran dan peneguhan kemahiran yang sedia ada.

 3. Program pengembangan staf berpusatkan sekolah.
 - Pendekatan ini menggalakkan keseluruhan staf sesebuah sekolah untuk menghadapi dan menyelesaikan isu2 sebenar dalam konteks kerja yang sebenar. Pendekatan ini menggalakkan koloborasi antara guru secara berterusan dan rasa komitmen kepada keputusan yang dipersetujui bersama.

Kesimpulannya,Guru merupakan aset penting dalam pembentukan pelajar yang pelbagai budaya serta, Seseorang guru itu haruslah berusaha dalam menangani masalah pelajar-pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan aspek.